Friday, June 22, 2007

Malaysian Football Pt.1

Image Hosted by ImageShack.us

Malaysia has been defeated by UAE in a friendly match.
Hmmm.. How are Malaysia going to win over China, Uzbekistan & Iran in this coming 2007 AFC Asian Cup? All of them are world class team.

So scared to think of.. Malaysia 0 - 7 China or Malaysia 0 - 5 Uzbekistan or Malaysia 0 - 11 Iran, but the potential are there!

From what I saw in the friendly match between Malaysia & UAE, I can tell that our team never improved.. at all! :(

The consolation goal was scored by Akmal Rizal Ahmad Rakhli and that wasn't prove anything. Our level are not more then decrease!

Below is the news written in NST Online.

Football: Malaysia no match for UAE


MALAYSIA went down 3-1 to United Arab Emirates (UAE) in their second international friendly at the Petaling Jaya Stadium last night.
UAE opened their scoring in the 9th minute through Faisal Khalil.

Bruno Metsu’s team then took control of the match and put the Malaysian defence under tremendous pressure.

In the 52nd minute UAE increased their lead when Ismail Muttar scored and Malaysia were punished further in the 68th minute when Ahmed Mohammed found the back of the net.

Akmal Rizal’s persistent efforts found just reward when he scored Malaysia’s consolation in the dying moments of the game.


This article below were published on today's Harian Metro Online.

UAE dedah kelemahan skuad negara
Oleh Alias Abd Rani dan Bazly Azmi
sukan@hmetro.com.my

HANYA dua faktor yang akan menjadi perhatian jurulatih skuad kebangsaan, Norizan Bakar sebaik menyedari anak buahnya masih belum memperbetulkan kesilapan menjelang kejohanan bola sepak Piala Asia, bulan depan.

Hilang tumpuan dan terperangkap dengan musuh melalui strategi yang tidak dijangka antara penyebab kekalahan 3-1 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi, sekali gus membuka peluang kepada skuad berkenaan untuk menebus kesilapan.

Menurut Norizan, apa yang disaksikan pada perlawanan itu seharusnya dijadikan iktibar untuk tidak mengulangi kesilapan pada pertemuan berikutnya, khususnya menentang Jamaica, 28 Jun ini, sebelum melangkah ke Piala Asia.

“Saya melihat walaupun kita tewas, pemain kebangsaan sudah menunjukkan satu tahap permainan sebenar. Inilah yang saya harap akan diperturunkan pada kejohanan sebenar nanti.


“Sebenarnya pemain kita mudah terperangkap dengan strategi lawan dan pada masa sama mereka juga mudah hilang tumpuan. Inilah yang akan diperbetulkan dalam tempoh terdekat.

“Perubahan beberapa posisi terutamanya membabitkan pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah di bahagian tengah dilakukan sebagai percubaan. Kemungkinan posisi itu akan dikekalkan atau sebaliknya dan semuanya bergantung kepada keputusan tiga perlawanan ini,” katanya.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Malaysia gagal mengulangi kejayaan ketika membelasah Kemboja 6-0, Isnin lalu apabila tewas kepada UAE yang membuka jaringan seawal minit ke-8 menerusi Faisal Khalil. Angkara kesilapan pemain pertahanan, V Thirumurugan, UAE kemudian menambah jaringan pada m-52 melalui Ismail Muttar.

Tidak cukup dengan dua gol, UAE menambah satu lagi gol menerusi Mohamed Al Shihi yang mendapat hantaran Ahmed Mohamed pada m-67.

Skuad negara yang dilihat banyak memburu serangan tapi peluang yang diperolehi dipersia-siakan akibat ketumpulan jentera serangan. Bagaimanapun, di sebalik asakan itu, Malaysia meraih gol sagu hati pada masa kecederaan menerusi Akmal Rizal Rakhli yang menyempurnakan hantaran leret Eddy Helmi Abdul Manan.

Sementara itu, jurulatih UAE, Bruno Metsu berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya pada perlawanan itu selain menyifatkan latihan sembilan hari di negara ini menghadirkan petanda positif buat pasukannya menjelang aksi sebenar bermula 7 Julai depan.

“Keputusan perlawanan ini penting kerana tahap permainan Malaysia sama dengan Vietnam yang diundi bersama kami dalam satu kumpulan.

“Saya melakukan banyak pertukaran pada separuh masa kedua untuk melihat kesesuaian pemain bagi mengenal pasti kesebelasan utama pasukan selain memberi pendedahan kepada empat pemain muda bawah 20 tahun kami,” katanya.

Bruno berkata, pasukannya tetap mempunyai peluang untuk mengisi satu tiket ke pusingan kedua Piala Asia di sebalik pasukan pilihan yang juga juara edisi lalu, Jepun dilihat tidak menghadapi tugas sukar untuk melepasi saingan kumpulan.

“Semua pasukan memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri, tapi saya menganggap peluang pasukan dalam kumpulan kami sama rata,” katanya.


Argggghhhhh.. Keep on giving excuses dude! :(
Hmmm... Don't know what to say anymore about our team.. We only can pray that Malaysia will not be humiliated in this tournament...

No comments: